Tips Floor Decoration

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni admin nak kongsi sikit tip-tip nak mendapatkan hiasan lantai kayu (Floor wood decoration) yang berkualiti daripada pembekal dan juga persediaan yang perlu anda buat sebelum membeli hiasan lantai kayu tidak mengira untuk rumah mahu pun pejabat.

First of all, periksa lantai rumah/pejabat anda samada level atau pun tidak. Ini kerana kos untuk buat levelling tidak dimasukkan kedalam sebut harga kecuali pembekal datang sendiri tengok keadaan lantai dan sekitarnya. Jika anda terlepas pandang, kos-kos ini akan di charge kepada anda selepas anda close deal dengan pembekal atau pun installer.

Kos-kos yang tidak dimasukkan ke dalam sebut harga (hanya berdasarkan pelan rumah atau info daripada owner):-

  1. Levelling – jika lantai rumah/pejabat anda tidak rata walaupun lantai asal sudah dipasang jubin atau pun parquet.
  2. Topping – Jika lantai rumah/pejabat anda ada lubang-lubang kecil yang banyak. Seeloknya owner buat topping dulu siap-siap untuk cost saving.
  3. Dismantling surcharge – Jika lantai asal rumah/pejabat anda menggunakan Karpet, beritahu pembekal untuk dimasukkan kedalam sebut harga. Pembekal akan mengenakan cas untuk mengeluarkan karpet asal sebelum memasang hiasan lantai kayu.
  4. Delivery Surcharge – ada pembekal yang akan mengenakan cas RM2.00 ke RM5.00 setiap kotak untuk membawa barang-barang naik jika rumah/pejabat anda di tingat 1 dan keatas (kebanyakannya apartment). Pastikan anda tanya pembekal terlebih dahulu.
  5. Aksesori (contoh: Skirting, Cover Edge, L-Profile dll) – Tanpa pelan lantai agak sukar untuk pembekal mengira kos. Jadi, seeloknya anda panggil pembekal untuk buat pengukuran atau anda kena sediakan pelan sendiri jika tiada pelan rumah yang asal. Tapi jangan terkejut jika ada pembekal yang kenakan deposit Rm100 hingga Rm200.00 untuk buat on-site measurement. Walaubagaimana pun 50% deposit akan dikembalikan jika anda tidak jadi membeli.

Jika anda lihat di fabebook, ada banyak jenis hiasan lantai dalam pasaran malaysia. Daripada yang murah hinggalah kepada yang luxury. Apabila anda membuat survey harga, pastikan anda faham speksifikasi produk (jenis produk, saiz produk, asal produk, jaminan produk dan pensijilan produk). Setiap bahagian rumah menggunakan produk yang berbeza. Untuk bahagian dapur hendaklah menggunakan produk yang tahan air (water proof). Anda boleh memasang Laminte jenis biasa untuk bahagian lain seperti bilik dan ruang tamu akan tetapi bergantung kepada persekitaran rumah anda. Jika rumah anda terdedah kepada anai-anai, disarankan menggunakan produk daripada jenis PVC dengan harga yang murah.

Jika anda mahu produk yang tahan lama dan berkualiti, pastikan pembekal anda mempunyai persijilan produk. Kebiasaannya produk yang tahan air (water proof) dan anti anai-anai (anti-termite) adalah lebih mahal daripada yang jenis biasa. Pastikan anda membuat perbandingan yang betul sebelum membuat keputusan.

Jika anda berniat untuk memasang wood tile untuk tangga rumah anda, kos nya adalah lebih mahal daripada kos memasang untuk lantai. Kebiasannya harga mengikut anak tangga. Harga pasaran adalah lebih kurang Rm130.00 hingga Rm150.00 untuk setiap anak tangga.

Okey..cukup?

Nanti ada masa admin tulis lagi tip-tip lain kalau berkesempatan…InSha Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *