TIPS MEMILIH LVT VINYL TILE FLOORING

TIPS MEMILIH LVT VINYL TILE FLOORING

 

Ramai owner rumah akan survey harga yang paling terbaik untuk pemasangan lantai vinyl yang menjadi trend untuk hiasan lantai rumah sekarang ni. Disini kami kongsikan beberapa tips sebagai panduan dalam memilih pembekal dan tukang (Installer).

 

  1. Jangan terlalu fokus kepada harga. Pemasangan lantai vinyl ini memerlukan kepakaran khusus supaya tiada masalah selepas pemasangan. Sebenarnya nilai harga lebih kepada si tukang berbanding harga produk. Jadi, pilih tukang yang betul-betul mahir dalam pemasangan lantai vinyl ini. Kesilapan memilih tukang akan memberikan anda mimpi ngeri di kemudian hari. Kalau nak cantik harga memang agak keras sedikit.

 

  1. Pilih jenama daripada Korea untuk tahan lebih lama. Permukaan sebelah atas akan membezakan antara produk Korea dan produk China. Permukaan produk China akan merekah dalam jangkamasa pendek kerana lapisan wear layer yang tidak berkualiti . Disamping itu bahan yang digunakan agak keras dan sukar untuk melekat di permukaan lantai yang beralun. Ini akan mengakibatkan hujung vinyl akan terjungkit di beberapa kawasan. Pastinya nanti masalah ini akan menyakitkan mata kita memandang.

 

  1. Dalam pasaran Malaysia ada beberapa saiz dan ketebalan.
  2.   Vinyl Glue 2mm
  3.   Vinyl Glue 3mm
  4.   Vinyl Click 4mm
  5.   Vinyl Click 5mm

 

Untuk ketebalan 2mm dan 3mm ianya dipasang menggunakan glue/gam. Manakala yg 4mm dan 5mm menggunakan click/plank system (Glueless). Jadi, perbandingan harga haruslah mengikut ketebalan produk tersebut.

 

  1. Jika lantai sekarang tiles, anda ada pilihan untuk memasang vinyl 2mm disebabkan lantai tile lebih rata berbanding simen render. Pemasangan vinyl 2mm di atas simen render adalah tidak disyorkan kerana keadaan lantai simen yang biasanya tidak rata dan beralun. Kesan daripada lantai tidak rata dan beralun akan mengakibatkan kesan tersebut nampak lebih jelas selepas pemasangan. Untuk itu, pemasangan vinyl ketebalan 3mm dan ke atas adalah disyorkan.

 

Semoga perkongsian ini bermanafaat kepada semua.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *